Kegiatan mengisi masa berwhatsapp telah mula menimbulkan rindu sesama ahli. Rindu dengan gelagat, rindu dengan tabiat dan rindu ingin duduk rapat. Maka entah bila waktunya (yang tidak dapat direkodkan tarikh dan waktunya), terbit satu suara menggesa Pn Admin untuk mengadakan satu sessi reunion untuk group ini. Suara itu dipercayai datangnya dari En Md Nor yang kuat berteriak mengharap agar kami dapat bersatu semula. Diikuti tekanan-tekanan dari suara rakyat yang mendesak agar perjumpaan itu dilaksanakan. Pn Admin semakin resah...akhirnya sessi voting mengenai tarikh yang sesuai telah dijalankan. Setelah beberapa hari, mencadang, mengubah, bergaduh, merajuk, kena edit gambar...
Akhirnya tarikh 21hb Februari 2015 hari sabtu telah dipilih. Bersesuaian dengan cuti Tahun Baru Cina yang jatuh pada 19 dan 20 hb Februari 2015.
Meninjau lokasi...
Maka datang pula satu isu iaitu lokasi pertemuan kasih sayang itu. Pada asalnya lokasi yang terpilih ialah kedai Pn Kintan. Dengan menggunakan andaian bahawa ruang kedai Pn Kintan dan suaminya En Izam atau Bandot (kihkihkih...) sangat luas untuk dijadikan medan berpeluk-pelukan dan bergebang-gebang. Kemudian timbul pula cadangan di rumah Pn Asimah pula. Ada juga cadangan untuk mengadakannya di tepi Pantai Leka, Parit Jawa. YB Yaacob rasanya yang mencadangkan Kolam Air Panas Sg Gersik, Sg Balang, Muar Johor. Walaupun dia yang mencadangkan tapi dia pulak yang takut nak berada di situ. Dia kena blacklist laa pulak katanya... Ada-ada jer ko ni YB Yaakob...
Bincang punya bincang...lokasi masih belum ditetapkan.
YB Yaakob... hensem, baik hati, berdedikasi... |
Merisik kehadiran...
Lantas, Pn Admin menghulurkan list kehadiran kepada semua ahli group (list dalam whatsapp jer, copy n paste) Ahli group diminta supaya mengisikan nama dan jumlah ahli keluarga yang akan 'diheret' ke majlis itu nanti. Macam biasalah...ambil masa jugak nak memenuhkan list tersebut. Ada yang confirm, ada yang 50-50 dan ada yang kata nak menikah lagi pada hari tersebut...macam-macam kerenah birokrasi...hahahaha..
No comments:
Post a Comment