Kita berkumpul sekali lagi...
Entah kenapa, reunion kali ini masih memilih tarikh perayaan Tahun Baru Cina sekali lagi. Pada tanggal 28 Januari 2017, Majlis Alumni Raja Muda '87 telah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan pada tarikh tersebut setelah ditetapkan kira-kira pada bulan September 2016.
Berkonsepkan potluck, pada kali ini lokasi yang dipilih adalah di Teratak Leman (dataran rumah Pn Admin actually).
Persiapan awal telah dibuat bagi memastikan kebahagiaan alumni yang akan hadir nanti akan dicapai.
Md Nor sedang membaca jampi serapah sekitar kawsan terbabit bagi memastikan tiada sebarang gangguan pada majlis nanti
Md Nor sedang bertungkus lumus meniup belon-belon yang digantung diatas pentas
Kelihatan isteri dan anak-anak Md Nor berhempas pulas memasukkan jajan dalam plastik untuk anak-anak alumni nanti. Kipidap...!!!
Menghilangkan lelah dan membasahkan tekak setelah persiapan hampir selesai. Bergelas-gelas sudah air oren yang di minum Md Nor
Jadual yang telah di tetapkan oleh Majlis Alumni Raja Muda '87 untuk meraikan alumni pada kali ini telah disusun. Dijangka ketibaan alumni pada jam 2.00 petang, diikuti ucapan alu-aluan, sukan dan permainan untuk alumni dan juga anak-anak alumni. Solat asar berjemaah beserta tahlil ringkas untuk arwah rakan-rakan, bertukar-tukar hadiah dan juga jamuan. Md Nor dijangka akan mengemudi permainan kerusi beracun untuk para alumni.
Seperti yang dirancang, jam 2 petang para alumni sudah mula datang. Walaupun momentum kedatangan tidaklah selancar RON97 tetapi dengan RON95 juga sudah memadai buat penganjur.
Badut yang diupah untuk menjaga BBQ
Dengan tenungan sahaja, kayu arang itu telah mula berasap-asap
Alumni jantan yang hadir, berborak sambil makan-makan
Ahlil mesyuarat tingkap...agaknyer...
Jajan..
Kek perasmian tajaan Md Nor dan isteri...
Pulut kuning untuk alumni
Acara memilih semua makanan untuk diisi dalam pinggan
Sesi mengata sedang dijalankan
Badut yang diundang khas sedang melayan tetamu
Malas nak komen...
Kemeriahan majlis
Tak habis-habis lagi nak mengata...
Anak-anak alumni dibiarkan berdikari makan sendiri
Bersama pemilik Teratak Leman iaitu Leman...
Acara mengisi air dalam botol menggunakan span untuk anak-anak alumni
Para juri pertandingan isi air dalam botol menggunakan span
Pengarah Majlis Alumni pada kali ini.
Tuan Ismail juga sudi hadir
Tuan Fahmi datang seorang...
Suka nampakkk Tuan Pengarah...
Sudah menjadi kelaziman pada majlis alumni Raja Muda 87 adalah acara bertukar-tukar hadiah. Bukan nilai pada hadiah itu yang diambil kira, tetapi sporting sesama kita itu yang lebih utama.
akhirnya badut telah menunjukkan wajah sebenarnya...hoyeeyy
Takkan sempurna sebuah majlis reunion tanpa rakaman gambar bersama-sama. Semga kenangan ini akan kekal bersemadi dalam ingatan.
Berkhirlah sudah sebuah cerita. Kita hanya merancang tapi tuhan menentukan. Jika tiada jodoh, maka berjodohlah dengan orang lain...eh...Hahaha...mana perginya plan pelbagai untuk majlis ini tadi? Disebabkan kekangan masa dan majlis terpaksa dimulakan agak lewat dari yang sepatutnya, maka semua perancangan telah berlalu ditiup angin. Tetatpi walaubagaimanapun, kemeriahan yang diangankan oleh pihak Majlis berjaya mencapai KPInya.
Insyaallah, dilain tahun kita bertemu lagi...
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ;
Tuan Zolkifli
Pengarah Majlis
Pn Fizah
Penaung Majlis
Pn Asimah
Penasihat Majlis
Tuan MdNor
Penyeri Majlis
Tuan Eddy
Pengambil Gambar Majlis
dan semua alumni
Penyumbang Makanan dan Minuman Majlis
No comments:
Post a Comment