Perutusan Alumni 2016

Selamat menyambut kedatangan Tahun Baru 2016 kepada semua Alumni Raja Muda 87. Semoga tahun ini membawa kebahagian, kemakmuran, keselesaan, kesihatan, kekayaan, keberkatan dan keremajaan kepada semua...
Amin...

Disini diberi peluang untuk Alumni menyampaikan ucapan sepatah dua kata kepada rakan-rakan dengan rakaman wajah yang terkini dan sensasi di dalam ruangan ini sempena tahun baru 2016. 
Sebarang tuju lagu tidak akan dilayan sama sekali.

************

Puan Norhafizah bt Hj Hassan
Presiden Alumni Raja Muda 87

"Assalamualaikum sahabat sekelian... 
Saya berasa amat bersyukur kita dapat kembali bersama dalam satu wadah dari aplikasi yang canggih iaitu Whatsapps. Sahabat yang lama terputus hubungan bila dapat dijejaki semula ianya memberi satu kesegaran dan menerbitkan satu perasaan yang kembali muda bila saling mengimbau kenangan lama. Kita saling bergurau senda dan dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja mahupun penat dengan tugasan surirumah. Semoga tahun baru tahun 2016 ini kita dapat terus mengeratkan silaturrahim dan saling bertukar-tukar pandangan dalam apa jua hal. 
Semoga ukhuwah ini terus subur dan harmoni. 
Mohon maaf atas segala kekurangan, 
sesungguhnya yg baik itu dari Allah s.w.t jua 
dan yang buruk itu dari saya. 
Sekian Wassalamualaikum"

*************

Puan Siti Marlina Bt Omar

****************

Puan Suzana Binti Md Alias

**************

Hanaffee B Hj Harun

"Keep calm and kipidap...dongibab...aino yukenduit"

*****************


Puan Mustaqizah Bt Md Syawal

"Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua warga Raja Muda. Semoga ukhuwah yang terjalin ini diredhai dan diberkati Allah. Walaupun sahabat-sahabat semua jauh di mata, namun dekat di hati"

**********************

 Sarjan Mohd Noor

"Selamat Tahun Baru...rumah baru, kereta baru, anak baru...calon ISTERI BARU..."


********************


No comments:

Post a Comment