Sebermulanya...

Segala-galanya bermula di sini...

"Don't work but be smart"...status apa-kebenda-ntah


Whatsapp Group Raja Muda 91. Group yang ditubuhkan oleh Pn Admin kita, Pn Norhafizah bte Hj Hassan pada 14 November 2014. Pada ketika itu ahli-ahlinya belum ramai. Tetapi setelah pencarian demi pencarian dan berkat usaha Pn Admin, keahlian semakin bertambah. Kehidupan samada di rumah atau di tempat kerja menjadi kecoh dengan pelbagai isu. Dengan tempoh perpisahan yang agak lama, perubahan demi perubahan telah berlaku dikalangan kami, samada dari segi ketinggian, berat dan rupa wajah. Masing-masing kerap terpinga-pinga apabila ada ahli baru yang di'add' oleh Pn Admin. Mulalah keluar permintaan menepek gambar masing-masing agar kami kenal siapakah 'orang baru' itu. Memang banyak perubahan dapat disaksikan...Yang lelaki semakin memboroi, yang perempuan semakin menebal pulak make upnya...Hahahaha

Mula bersuara...

Menilik waktu...

Kegiatan mengisi masa berwhatsapp telah mula menimbulkan rindu sesama ahli. Rindu dengan gelagat, rindu dengan tabiat dan rindu ingin duduk rapat. Maka entah bila waktunya (yang tidak dapat direkodkan tarikh dan waktunya), terbit satu suara menggesa Pn Admin untuk mengadakan satu sessi reunion untuk group ini. Suara itu dipercayai datangnya dari En Md Nor yang kuat berteriak mengharap agar kami dapat bersatu semula. Diikuti tekanan-tekanan dari suara rakyat yang mendesak agar perjumpaan itu dilaksanakan. Pn Admin semakin resah...akhirnya sessi voting mengenai tarikh yang sesuai telah dijalankan. Setelah beberapa hari, mencadang, mengubah, bergaduh, merajuk, kena edit gambar...

Akhirnya tarikh 21hb Februari 2015 hari sabtu telah dipilih. Bersesuaian dengan cuti Tahun Baru Cina yang jatuh pada 19 dan 20 hb Februari 2015.

Meninjau lokasi...

Maka datang pula satu isu iaitu lokasi pertemuan kasih sayang itu. Pada asalnya lokasi yang terpilih ialah kedai Pn Kintan. Dengan menggunakan andaian bahawa ruang kedai Pn Kintan dan suaminya En Izam atau Bandot (kihkihkih...) sangat luas untuk dijadikan medan berpeluk-pelukan dan bergebang-gebang. Kemudian timbul pula cadangan di rumah Pn Asimah pula. Ada juga cadangan untuk mengadakannya di tepi Pantai Leka, Parit Jawa. YB Yaacob rasanya yang mencadangkan Kolam Air Panas Sg Gersik, Sg Balang, Muar Johor. Walaupun dia yang mencadangkan tapi dia pulak yang takut nak berada di situ. Dia kena blacklist laa pulak katanya... Ada-ada jer ko ni YB Yaakob...

Bincang punya bincang...lokasi masih belum ditetapkan.

YB Yaakob... hensem, baik hati, berdedikasi...


Merisik kehadiran...

Lantas, Pn Admin menghulurkan list kehadiran kepada semua ahli group (list dalam whatsapp jer, copy n paste) Ahli group diminta supaya mengisikan nama dan jumlah ahli keluarga yang akan 'diheret' ke majlis itu nanti. Macam biasalah...ambil masa jugak nak memenuhkan list tersebut. Ada yang confirm, ada yang 50-50 dan ada yang kata nak menikah lagi pada hari tersebut...macam-macam kerenah birokrasi...hahahaha.. 

Pn Admin 'mengamuk'...

60 km/j...

Pergerakan mencari alumni untuk hadir memang pada mulanya agak perlahan...Pn Admin tak senang duduk. Kempen demi kempen mula dicanang dan diperhebatkan olehnya (selaku Admin yang komited untuk menyatukan ahli-ahlinya) Namun tidak berapa ramai yang berkelapangan.

Sabarlah duhai Pn Admin...

80 km/j

Pn Admin mula memujuk dengan lebih kerap. Pn Asimah turut membantu di belakang pusat kempen. Timbullah pula beberapa idea untuk merancakkan kempen.

Sabarlah duhai Pn Admin dan Pn Asimah...

100km/j

Pn Admin mula panas...dia mula menghantar private message (pm) kepada beberapa ahlinya untuk menggalakkan kempen. Antaranya adalah arahan menyediakan kertas kerja untuk perjumpaan tersebut. Nak buat kertas kerja, tetapi lokasi belum pulak ditetapkan lagi. Dengan kuasa veto yang ada pada Pn Admin, beliau memilih Kolam Air Panas, Sg Gersik sebagai lokasi program. YB Yaakob terpaksa juga merancang kertas kerja tersebut, walaupun di dalam hatinya masih berbekas dengan insiden yang berlaku kepadanya di lokasi tersebut tidak lama dahulu.

Sabarlah duhai Pn Admin, Pn Asimah dan YB Yaakob...

120km/j

Pn Admin semakin memecut. Maka keluarlah beberapa idea bernas (tetapi dirahsiakan terlebih dahulu) oleh beliau. Pada asasnya program tersebut cumalah majlis potluck, makan-makan, peluk cium dan berborak-borak sesama ahli. Namun atas daya kreativiti beliau dan 'mangsa' terdekat maka ia mula menjadi suatu program yang bertentatif dan menghiburkan. Maka wujud pula list meminta ahli menulis makanan yang perlu dibawa pada hari tersebut. Dan beberapa job untuk ahli-ahli tertentu dalam pm yang dibuat secara rahsia...

Sabarlah duhai Pn Admin, Pn Asimah, YB Yaakob, Pn Kintan dan mangsa-mangsanya...

En Md Nor...semua yang dibincangkan dia manjang setuju jer...